Saturday, October 1, 2011

rasa hati aku sekarang..



Aku bukan la sempurna sangat sampai aku sendiri yang buat orang yang paling aku sayang benci dekat aku. Aku bukan marah dia, sumpah aku tak marah dia. Aku Cuma nak yang terbaik. Dia x pernah faham,. Sekarang semua tinggal kenangan. Aku banyak bersabar dengan dia. Aku tahan segalapa yang aku rasa.







Ikut lah kalau dia sendiri nak burukkan aku. Aku sedar aku siapa pada dia. Manusia boleh berubah bila2 masa. Syang setinggi gunung pun belum tentu buat kita bahagia. Aku respect dia tapi dia xpernah kisah pasal hati aku. Aku perempuan, aku ada hati dan perasaan jugak. Aku faham kalau dia busy, aku faham kalau dia ada kerja.. sebab yang sikit pun dia boleh menyampah dekat aku. Aku sabar. Mungkin ada yang terbaik lagi dari dia. insyaAllah.

Thursday, August 11, 2011

Kereta Mayat: Kenapa Hati gelisah??

Kereta Mayat: Kenapa Hati gelisah??: "(Versi 2.0: Edit balik entry lama sebab dah ramai orang melayu islam menjadi murtad khabarnya, semoga entry ini membantu...)

Lepas Isyak..."

Saturday, April 30, 2011

ini kisah nyewww~~~

Benar kata yang aku dengar kalau ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa. Nak luahkan ape yang aku rasa kat sorang mamat nie. Patut ke aku cter detik perkenalan aku masa mula2 aku kenal ngan dia? Xpayah la kot. Cukup sekadar yang aku pernah sayangkan dia dahulu. Kalau nak ikutkan memang dalam sebulan tu xpernah x putus. Asal gaduh je putus, asal putus je gaduh, haha.. memang la kau sayang giler kat dia, tapi, nak wat gane jodoh da xde kot. Alasan j lah klu da jauh susah nak contact padahal boleh je,. Sekarang line MAXIS tengah hutan simpan Negara pun ade je,. Nampak beno menipu.. Alasan je nak gaduh ngan aku, tapi betul la aku cakap lelaki bile belum dapat pempuan yang dia suke, bukan main lagi ayat manis, da dapat senang2 je nak wat sesuke hati,.. eeei, geram aku. Memang sangat sedih bile da putus ngan dia,..tapi, motif aku nak tulis nie semua adalah peringatan untuk kaum hawa diluar sana supaya jangan ingat dunia nie da berakhir bile pakwa2 korang sumer tinggal kan korang,.. aku bukan ape, belajar dari pengalaman.. korang rase aku membazir masa ke tulis nie sumer??? Anda silap sama sekali. Aku nak sampaikan ape yang sebenar nye,.. kalau kite tengok la kan sekarang macam2 pesyen ade. Ade yang pakai selendang kepitkan pin kat depan, tambah bunga siket, tambah reben siket,.. comel ape,..tapi, tu dari mata zahir perempuan la kan,..mate zahir lelaki yang sebenar kite x tahu,.. tpi, ade kesah???? Sekarang ramai perempuan yang cantik, pandai, berkejaya dan memang sempurna.. lelaki semakin pupus jika nak bandingkan yang lengkap semua itu.. tapi apa pilihan kite sebenarnye??? Perempuan pula, sekarang banyak sangat tanggapan terhadap orang lain, ini x betul, sane x betul..ini salah, itu salah,..dah tu??? Ape yang betul??? Haaaa,..banyak sangat..nie adelah salah satu yang aku seringkali dengar .
begini “Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dengan warden..”
Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!
Haaa.. begitulah kisahnya. Ulasan dari sini aku nak buat adalah sangat2 lah betul ape yang aku copy dan paste tu,. Kalau kite nak jadi yang terbaik, kite mestilah buat yang terbaik. Kaum hawa,..kite bukan lemah..

Friday, March 18, 2011

asyik x jadi jer,... sbb tu merajuk yang dulu,..:(

teman nak citer nie,..dulu teman ade blog,.. pahtu, penat punya pasal la kan,.. sebab tu orang kate klu nak wat koje biar ikhlas dan ade mood,.. nie teman da la penat tapi nak siapkan koje tuh,..aloh, bukan koje sangat pun,.. nak cari penyakit sendiri,..hahaha,.. ok, berbalik pada citer yang teman x sempat nak citer td pasal dah melencong ke arah lain,.. teman pun edit la kan, bajet nk dapat kan blog yang cun,..sekali teman edit ngan lenght and hight,.. macam apada sekali teman apply setting tu dalam blog teman da jadi macam mee kicap gorang dengan sambal belacan,... gane ler upenye ek,.. dalam menjalankan misi yang terbaru nie,..teman ade jgk wat header,.. nak tengok x proses die gane ghope sebelum jd cantik cam kat atas tuh?

first and foremost,..jeng, jeng,..jeng,..



selepas itu,..jadi camni plak,..

Mengapa Kita lambat Bertemu jodoh???

Sesetengah orang akan mengeluh bile jdoh lambat,...mungkin sebab menghadapi kesunyian yang terlampau agaknye,.. hehehe, alah kalau dah jodoh x kan lari kemana,..amboiii,.. ececeh,..salah lirik plak,.. terdapat 6 faktor penyebab kita lambat bertemu jodoh,..
Antaranya ialah,..
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

AnDai dia Tahu~~

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.